Pada 27 hingga 28 April 2016, Sk Sepulot telah menghantar empat orang murid
dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan sekolah Bahagian (MSSB) Pedalaman Tahun 2016
dari pukul 7.30 am– 5.00 pm Pertandingan diadakan di SM ST Anthony Tenom, Tenom yang disertai oleh 4 buah daerah.
Empat orang murid telah
dibawa ke Nabawan pada 26 April iaitu Sean Olsen Andrew, Jester Christ Jaibin,
Mohd Datu Endra Moro Iman, dan Shirrah bagi mewakili lelaki bawah 12 tahun dan
perempuan bawah 12 tahun. Seawal pukul 6 pagi, kontinjen Nabawan telah dibawa
ke Tenom dengan menggunakan pengangkutan yang disewa oleh pihak PPD iaitu 4
buah van kesemuanya.
Bagi menanggung makan dan
minum murid-murid Sk Sepulot, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk
meminta sumbangan dari pihak RMT sekolah dan pihak pentadbiran sekolah. Hasil
kutipan iaitu sebanyak RM 140. Sepanjang kejohanan, guru pengiring telah
menyediakan makan minum sebanyak tiga kali sehari di mana setiap orang
diperuntukan RM 5 untuk membeli nasi, lauk dan sayur bagi setiap hidangan.
Shirrah telah mencapai
kemenangan sebanyak 3 kali permainan dari 5 pertandingan dan mendapat tempat
ke-8 secara keseluruhan perempuan bawah 12 tahun. Manakala Sean Olsen, Jester
Christ dan Mohd Datu Endra Moro masing-masing hanya mendapat jumlah kemenangan
1 menang 1 seri, 1 seri dan 1 menang 1 seri daripada 5 pertandingan.
Secara keseluruhannya,
walaupun Sk Sepulot tidak berjaya menghantar wakil catur sehingga ke perinngkat
negeri, namun penyertaan kali pertama sekolah dalam kejohanan catur sehingga
melepasi peringkat daerah yang diadakan pada seminggu sebelumnya seterusnya ke
peringkat bahagian adalah satu pencapaian yang membanggakan seiring dengan
cogan kata sekolah iaitu LUMIMBOU (melangkah ke hadapan).
Disediakan oleh,
RIRIN YIICHASIANI
KEJOHANAN CATUR MSSD
PELAJAR :
PEREMPUAN –
SHIRRAH, FATIN
LELAKI
–STEVEN, SEAN, DATU ENDRA, JESTER
GURU PENGIRING :
FELIX ANAK
KURANG
RIRIN
YIICHASIANI
KEJOHANAN
CATUR MSSB
PELAJAR :
PEREMPUAN –
SHIRRAH
LELAKI – SEAN,
DATU ENDRA, JESTER
GURU PENGIRING :
RIRIN
YIICHASIANI