Sunday, 20 November 2016

AKTIVITI PPKI SK SEPULOT SEPANJANG TAHUN 2016





1.      BENGKEL RPI ONLINE
22 FEBRUARI 2016
-          Cara pengisian RPI Online.
Terlibat : Guru-guru PPKI

2.      SUKAN MSSD
24 FEBRUARI 2016
-          Memilih atlet acara balapan dan padang untuk ke peringkat pedalaman
Terlibat : Semua PPKI daerah Nabawan bergabung dengan MSSD murid perdana. (Azley, Siti Aminah, dan Lawrance)

3.      HOME VISIT
4 MAC 2016
-          Program rutin setiap tahun PPKI
Terlibat : Semua guru, PPM dan murid-murid PPKI


4.      SUKAN MSS PEDALAMAN
22 MAC 2016
-          Memilih atlet-atlet acara balapan dan padang bagi murid-murid pendidikan khas untuk ke peringkat negeri Sabah
Terlibat: 4 buah daerah sekolah PPKI Pedalaman (Siti Aminah wakil Sk Sepulot)


5.      PERKHEMAHAN GABUNGAN
11-13 MEI 2016
-          Melatih murid untuk berdikari, berkepemimpinan, bernilai murni
Terlibat : Semua guru dan PPM, Siti Aminah, Rossalinda, Normah, Lawrance dan Azley

6.      MINGGU KEUSAHAWANAN
2-6 MEI 2016
-          Melatih murid PPKI dalam beberapa aktiviti motor kasar dan halus seperti menggoreng keropok, membuat dadih, membuat aiskrim dan sebagainya dalam Kemahiran Hidup (Masakan). 
-          Meningkatkan bakat murid dalam pelbagai bidang.
Terlibat: Semua

7.      SAMBUTAN HARI JADI MURID
26 MEI 2016
-          Aktiviti rutin PPKI setiap tahun
Terlibat: Semua (Murid PPKI, Guru-guru PPKI, PPM)

8.      PEMERIKSAAN DAN RAWATAN PERGIGIAN
12 JULAI 2016
-          Memastikan kesihatan gigi murid PPKI terjaga
Terlibat : Semua & ibu bapa



9.      PROGRAM ASAS JAWI
8 OGOS 2016
-          Mengukuhkan asas jawi dan huruf hijaiyyah murid-murid Islam PPKI
Terlibat : Normah dan Siti Aminah dan komuniti Islam Kampung Padang


10.  SAMBUTAN KEMERDEKAAN PPKI
2 SEPTEMBER 2016
-          Memupuk patriotik dalam diri murid PPKI
Terlibat : Semua

11.  PROGRAM TRANSISI KERJAYA
28 SEPTEMBER 2016
-          Menarik minat murid PPKI dalam bidang keusahawanan.
Terlibat : Semua

12.  PERKHEMAHAN INTEGRASI DENGAN PERDANA SK SEPULOT
10 NOV 2016 – 12 NOV 2016
-          Memberi pengalaman kepada murid PPKI untuk menyertai perkhemahan dengan murid perdana
Terlibat: Normah, Rossalinda dan Azley


13.  PERTANDINGAN MEMBACA PPKI 
11 NOV 2016
-          Meningkatkan keyakinan dan semangat berdaya saing murid PPKI
Terlibat: Semua

14.  SUKANEKA PPKI
15 NOV 2016
-          Perkembangan fizikal dan kesihatan tubuh badan murid
-          Permainan : lari dalam guni, cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam botol, dan petonque

15.  HARI BERTEMU PELANGGAN DAN SAMBUTAN HARI JADI
16 NOV 2016
-          EMK
-          Buku rekod dan keputusan ujian akhir tahun
-          Pelaporan aktiviti sepanjang tahun
-          Perancangan aktiviti bersama ibu bapa bagi tahun 2016

16.  PROGRAM REKREASI LUAR WARGA PPKI
21 dan 22 NOV 2016
-          Melawat ke Taman Pertanian dan Mee Woo Resort bersama warga PPKI
-          Merapatkan silaturahim dan persefahaman warga PPKI
Terlibat: Semua



Disediakan Oleh,


RIRIN YIICHASIANI
Setiausaha,
PPKI SK Sepulot




Saturday, 12 November 2016

PERKHEMAHAN GABUNGAN PERINGKAT DAERAH NABAWAN

Pada 11 hingga 13 Mei 2016, PPKI Sk Pekan Nabawan, SMK Nabawan, SMK Sepulot dan SK Sepulot telah mengadakan perkhemahan pengakap gabungan antara daerah. Sk Sepulot menghantar 5 orang wakil murid PPKi iaitu Rossalinda, Normah, Azley, Siti dan Lawrance. Perkhemahan ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar keupayaan murid-murid antaranya ialah Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup, Permainan Stesen, Ikatan dan Simpulan, Istiadat Pagi dan sebagainya. Perkhemahan diadakan di tapak perkhemahan SMK Nabawan. 


PERKHEMAHAN 2016

3 HINGGA 5 NOVEMBER 2016

























Thursday, 19 May 2016

LAPORAN PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT MSSB





Pada 27 hingga 28 April 2016, Sk Sepulot telah menghantar empat orang murid dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan sekolah Bahagian (MSSB) Pedalaman Tahun 2016 dari pukul 7.30 am– 5.00 pm Pertandingan diadakan di SM ST Anthony Tenom, Tenom  yang disertai oleh 4 buah daerah.
            Empat orang murid telah dibawa ke Nabawan pada 26 April iaitu Sean Olsen Andrew, Jester Christ Jaibin, Mohd Datu Endra Moro Iman, dan Shirrah bagi mewakili lelaki bawah 12 tahun dan perempuan bawah 12 tahun. Seawal pukul 6 pagi, kontinjen Nabawan telah dibawa ke Tenom dengan menggunakan pengangkutan yang disewa oleh pihak PPD iaitu 4 buah van kesemuanya.
            Bagi menanggung makan dan minum murid-murid Sk Sepulot, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk meminta sumbangan dari pihak RMT sekolah dan pihak pentadbiran sekolah. Hasil kutipan iaitu sebanyak RM 140. Sepanjang kejohanan, guru pengiring telah menyediakan makan minum sebanyak tiga kali sehari di mana setiap orang diperuntukan RM 5 untuk membeli nasi, lauk dan sayur bagi setiap hidangan.
            Shirrah telah mencapai kemenangan sebanyak 3 kali permainan dari 5 pertandingan dan mendapat tempat ke-8 secara keseluruhan perempuan bawah 12 tahun. Manakala Sean Olsen, Jester Christ dan Mohd Datu Endra Moro masing-masing hanya mendapat jumlah kemenangan 1 menang 1 seri, 1 seri dan 1 menang 1 seri daripada 5 pertandingan.
            Secara keseluruhannya, walaupun Sk Sepulot tidak berjaya menghantar wakil catur sehingga ke perinngkat negeri, namun penyertaan kali pertama sekolah dalam kejohanan catur sehingga melepasi peringkat daerah yang diadakan pada seminggu sebelumnya seterusnya ke peringkat bahagian adalah satu pencapaian yang membanggakan seiring dengan cogan kata sekolah iaitu LUMIMBOU (melangkah ke hadapan).
           
Disediakan oleh,
RIRIN YIICHASIANI
KEJOHANAN CATUR MSSD


latihan mssd


pertandingan di sk pekan nabawan

PELAJAR :
PEREMPUAN – SHIRRAH, FATIN
LELAKI –STEVEN, SEAN, DATU ENDRA, JESTER
GURU PENGIRING :
FELIX ANAK KURANG
RIRIN YIICHASIANI



KEJOHANAN CATUR MSSB
 latihan pusat di sk pekan nabawan
 pertandingan di tenom


PELAJAR :
PEREMPUAN – SHIRRAH
LELAKI – SEAN, DATU ENDRA, JESTER
GURU PENGIRING :
RIRIN YIICHASIANI