Wednesday, 12 July 2017

LAPORAN PERTANDINGAN MSSD CATUR


Pada 5 April 2017, Sekolah Kebangsaan Sepulot telah menghantar wakil dalam pertandingan catur peringkat Daerah Nabawan di dewan Sk Pekan Nabawan. Pertandingan dimulakan seawall pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.
Sk Sepulot menghantar wakil bagi kategori perempuan 12 tahun ke bawah dan lelaki 12 tahun ke bawah yang diketuai oleh Encik Felix Anak Kurang (PK Kokum) dan disertai oleh Cik Syahraina (guru catur), Bernadette (guru pengiring), dan Ririn Yiichasiani (arbiter pertandingan mssd). Senarai peserta adalah seperti berikut:
LELAKI 12 TAHUN KE BAWAN
PEREMPUAN 12 TAHUN KE BAWAH
1
STEVEN
1
SHIRRAH
2
JESTER CHRIST
2
NUR FATIN DAYANA
3
JAYVIER CRUZ
3
KAYVIE JANE KOLIN
4
FERIZEKO EMMANUEL
4
DIDIANA GRACE

Sk Sepulot telah terpilih sebagai juara (Jayvier Cruz) dan tempat kedua (Steven Suan dan Shirrah Mantirih). Seramai enam orang murid terpilih menyertai pertandingan peringkat bahagian pada 18 hingga 19 April 2017 iaitu:
1.    Jayvier Cruz
2.    Steven Suan
3.    Jester Christ
4.    Ferizeko Emmanuel
5.    Shirrah Mantirih
6.    Didiana Grace
Diharap Sk Sepulot berjaya mencapai kejayaan di peringkat bahagian mewakili Daerah Nabawan pada kejohanan yang seterusnya.

Laporan disediakan oleh,
Ririn Yiichasiani
Pengurus Pasukan,
Kelab Catur Sk Sepulot.


Sunday, 20 November 2016

AKTIVITI PPKI SK SEPULOT SEPANJANG TAHUN 2016





1.      BENGKEL RPI ONLINE
22 FEBRUARI 2016
-          Cara pengisian RPI Online.
Terlibat : Guru-guru PPKI

2.      SUKAN MSSD
24 FEBRUARI 2016
-          Memilih atlet acara balapan dan padang untuk ke peringkat pedalaman
Terlibat : Semua PPKI daerah Nabawan bergabung dengan MSSD murid perdana. (Azley, Siti Aminah, dan Lawrance)

3.      HOME VISIT
4 MAC 2016
-          Program rutin setiap tahun PPKI
Terlibat : Semua guru, PPM dan murid-murid PPKI


4.      SUKAN MSS PEDALAMAN
22 MAC 2016
-          Memilih atlet-atlet acara balapan dan padang bagi murid-murid pendidikan khas untuk ke peringkat negeri Sabah
Terlibat: 4 buah daerah sekolah PPKI Pedalaman (Siti Aminah wakil Sk Sepulot)


5.      PERKHEMAHAN GABUNGAN
11-13 MEI 2016
-          Melatih murid untuk berdikari, berkepemimpinan, bernilai murni
Terlibat : Semua guru dan PPM, Siti Aminah, Rossalinda, Normah, Lawrance dan Azley

6.      MINGGU KEUSAHAWANAN
2-6 MEI 2016
-          Melatih murid PPKI dalam beberapa aktiviti motor kasar dan halus seperti menggoreng keropok, membuat dadih, membuat aiskrim dan sebagainya dalam Kemahiran Hidup (Masakan). 
-          Meningkatkan bakat murid dalam pelbagai bidang.
Terlibat: Semua

7.      SAMBUTAN HARI JADI MURID
26 MEI 2016
-          Aktiviti rutin PPKI setiap tahun
Terlibat: Semua (Murid PPKI, Guru-guru PPKI, PPM)

8.      PEMERIKSAAN DAN RAWATAN PERGIGIAN
12 JULAI 2016
-          Memastikan kesihatan gigi murid PPKI terjaga
Terlibat : Semua & ibu bapa



9.      PROGRAM ASAS JAWI
8 OGOS 2016
-          Mengukuhkan asas jawi dan huruf hijaiyyah murid-murid Islam PPKI
Terlibat : Normah dan Siti Aminah dan komuniti Islam Kampung Padang


10.  SAMBUTAN KEMERDEKAAN PPKI
2 SEPTEMBER 2016
-          Memupuk patriotik dalam diri murid PPKI
Terlibat : Semua

11.  PROGRAM TRANSISI KERJAYA
28 SEPTEMBER 2016
-          Menarik minat murid PPKI dalam bidang keusahawanan.
Terlibat : Semua

12.  PERKHEMAHAN INTEGRASI DENGAN PERDANA SK SEPULOT
10 NOV 2016 – 12 NOV 2016
-          Memberi pengalaman kepada murid PPKI untuk menyertai perkhemahan dengan murid perdana
Terlibat: Normah, Rossalinda dan Azley


13.  PERTANDINGAN MEMBACA PPKI 
11 NOV 2016
-          Meningkatkan keyakinan dan semangat berdaya saing murid PPKI
Terlibat: Semua

14.  SUKANEKA PPKI
15 NOV 2016
-          Perkembangan fizikal dan kesihatan tubuh badan murid
-          Permainan : lari dalam guni, cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam botol, dan petonque

15.  HARI BERTEMU PELANGGAN DAN SAMBUTAN HARI JADI
16 NOV 2016
-          EMK
-          Buku rekod dan keputusan ujian akhir tahun
-          Pelaporan aktiviti sepanjang tahun
-          Perancangan aktiviti bersama ibu bapa bagi tahun 2016

16.  PROGRAM REKREASI LUAR WARGA PPKI
21 dan 22 NOV 2016
-          Melawat ke Taman Pertanian dan Mee Woo Resort bersama warga PPKI
-          Merapatkan silaturahim dan persefahaman warga PPKI
Terlibat: Semua



Disediakan Oleh,


RIRIN YIICHASIANI
Setiausaha,
PPKI SK Sepulot